Thursday, February 26, 2009

Penapis Hijrah Keluaran terbaru

Apa yang saya dapat tahu, pihak syarikat telah mengeluarkan Penapis Hijrah berwajah baru yang lebih menarik.
Harap kan pelanggan semua sabar menunggu..
Gambar takde lagi.

Monday, February 23, 2009

Tekanan air/water pressure

Satu masalah yang pernah saya hadapi semasa memasang Hijrah filter di rumah pelanggan adalah berkenaan tekanan air yang rendah. Bergantung kepada tekanan air di sesebuah kawasan, jika tekanan air kuat, maka air yang keluar dari penapis tu kuat juga. Tapi jika terlalu rendah, air keluar lambat jadi lama sikit la kalau nak tadah air dalam bekas.

Jadi sebelum saya memasang penapis ini, saya akan mengukur tekanan air di rumah pelanggan saya. Saya menggunakan tekanan air dirumah saya sebagai 'benchmark'. Sebab saya tinggal di condo, jadi tekanan air agak tinggi iaitu sekitar 15 psi. Air tapis keluar agak lancar.
Penapis Hijrah boleh berfungsi dalam tekanan air hingga 150 psi.
Pressure gauge yang saya pakai brand FISHER.




DIY Pressure Gauge

Apa itu nilai pH/ pH value

Nilai pH digunakan untuk menentukan kadar asid atau alkali sesuatu cecair.
Nilai pH untuk cecair berasid ialah dalam nilai antara 0 hingga 6.9.
Untuk cecair neutral nilai pH nya ialah 7.
Nilai pH untuk cecair beralkali ialah dalam nilai antara 7.1 hingga 14.

Contoh cecair yang mempunyai nilai pH asid adalah seperti air coca-cola, jus epal and air paip.
Air dari penapis Hijrah mempunyai nilai pH alkali antara pH 9 hingga pH 12 bergantung pada sumber air paip yang ditapis.
Kebanyakan makanan atau minuman kita adalah dalam nilai pH bawah dari 7 iaitu berasid.

Saya telah membuat perbandingan beberapa jenis air menggunakan pH tester 'pen type' yang boleh mengukur pH cecair dari nilai pH 0 hingga ke pH 14.

Yang pertama: Air yang ditapis menggunakan 'Hijrah Water Filter' : pH 10.02




















Yang kedua: Air apple juice 'twister': pH 3.48




















Yang ketiga: Air paip di rumah yang belum ditapis: pH 7.91