Tuesday, June 30, 2009

Kesihatan: Dalam sehari berapa banyak nak minum air?

Sebenarnya tidak ada jawapan yang tepat tentang berapa banyak kita perlu minum air dalam sehari. Keperluan air setiap individu adalah berlainan bergantung kepada saiz badan, cara hidup, pekerjaan and tabiat makan kerana air adalah 60% daripada berat badan kita.
Tetapi yang kita tahu, unutk badan kita berfungsi dengan baik kita mesti minum air yang mencukupi.
Pakar kesihatan mencadangkan kita minum 8 gelas air sehari lebih kurang 2 liter air. Ini untuk individu yang melakukan aktiviti seharian yang normal. Untuk individu seperti atlit, pengambilan air adalah 2 kali ganda banyak daripada biasa.
Antara kegunaan air untuk tubuh badan kita adalah:
1- Mengeluarkan toksin daripada organ badan
2- Mengangkut nutrien penting ke sel-sel badan
3- Melembapkan telinga, hidung dan rongga mulut seperti tekak.
Kekurangan air akan menyebabkan 'dehydration' yang akan melemahkan badan serta fungsi otak.

Thursday, May 21, 2009

HIJRAH Baru: Lebih Menarik dan Berkualiti

Assalamualaikum..



Akhirnya, saya berjaya mendapatkan stok Penapis Hijrah yang terbaru. Kali ni rupa bentuk telah di design baru dengan warna yang menarik. Kualiti penapis juga telah dipertingkatkan. Wajah baru datang dengan harga yang baru iaitu RM 1560. Tak banyak kenaikan harga berbanding rupa dan kualiti Penapis Hijrah yang telah dinaik taraf. Bayaran ansuran bulanan tetap mimima RM65.


'HIJRAH' MODEL TAHUN 2009

Thursday, March 19, 2009

Katrij Penapis/Filter Cartridge

Fungsi setiap penapis
Filter A: Bio Ceramic- Menapis dan mengasingkan kotoran yang tidak larut seperti pasir dan keladak.
Filter B: Pre Carbon- Menyingkirkan klorin, warna dan bau.
Filter C: Silver Carbon- Memecahkan molekul air ke tahap terhalus.
Filter D: Ionizer- Mengeluarkan air ber ion and tinggi kandungan oksigen.
Filter E: Alkaline Bio- Menghasilkan air ber pH alkali.
Filter F: Activated carbon fibre Japan- Karbon fibre yang berfungsi sebagai penghalang baki klorin dan baki bakteria yang terlepas
Harga untuk setiap penapis tahun 2009
1: RM 58 tukar setiap 1 tahun atau jika perlu. Kena basuh selalu bila nampak dah kotor sangat.
2: RM 98 tukar setiap 1 tahun.
3: RM 98 tukar setiap 2 tahun.
4: RM 98 tukar setiap 2.5 tahun.
5: RM 98 tukar setiap 1.5 tahun.
6: RM 129 tukar setiap 2 tahun.

FILTER MODEL TAHUN 2008

Fungsi setiap penapis

Filter 1: Bio Ceramic- Menapis dan mengasingkan kotoran yang tidak larut seperti pasir dan keladak.
Filter 2: Pre Carbon- Menyingkirkan klorin, warna dan bau.
Filter 3: Silver Carbon- Memecahkan molekul air ke tahap terhalus.
Filter 4: Ionizer- Mengeluarkan air ber ion positive.
Filter 5: Alkaline Bio- Menghasilkan air ber pH alkali.
Filter 6: Post carbon- Menapis habuk dan pepejal terapung serta menghilangkan bau busuk.

Harga untuk setiap penapis tahun 2008

1: RM 48 tukar setiap 1 tahun atau jika perlu. Kena basuh selalu bila nampak dah kotor sangat.
2: RM 98 tukar setiap 2.5 tahun.
3: RM 98 tukar setiap 2 tahun.
4: RM 129 tukar setiap 1.5 tahun.
5: RM 129 tukar setiap 1 tahun.
6: RM 98 tukar setiap 2.5 tahun.

Tuesday, March 10, 2009

Soalan Yang Selalu ditanya/ FAQ

1- Adakah saya memerlukan penapis air?
Ya. Ini kerana air paip terawat tidak semestinya bebas daripada kekotoran, bahan kimia, logam berat, parasit, dan hasil sampingan klorin yang boleh menjejaskan kesihatan.

2- Adakah lagi elok kita minum air yang disuling (distilled) atau air ’reverse osmosis’?
Tidak. Air suling atau reverse osmosis adalah air dalam bentuk yang paling tulen iaitu tidak mengandungi mineral atau kekotoran. Air ini akan menyerap semua bahan mineral dari badan kita untuk mencapai keseimbanagn yang akan menyebabkan badan kita kekurangan mineral.

3- Kalau nak beli penapis Hijrah ni kena bayar deposit dulu ke ? Apa dokumen diperlukan ?

Ya. Deposit sebanyak RM65 minima. Kalau nak bayar lebih pun boleh. Dokumen cuma salinan fotostat kad pengenalan pembeli.

4- Macam mana nak bayar bulanan ?

Bayaran bulanan terus masuk ke akaun saya CIMB/Maybank melalui mesin atm atau internet banking. Saya tak datang kutip dari rumah ke rumah.

5- Bila kena bayar setiap bulan dan kalau lambat bayar macam mana ?

Bayaran boleh dijelaskan setiap hujung bulan bermula 23-30 haribulan. Kalau lambat bayar tiada masalah cuba kena bagitau saya dan kita akan cuba selesaikan masalah tersebut. Tiada tindakan undang-undang akan diambil dan tidak kena faedah/interest.

6- Bagaimana status Halal penapis Hijrah ni ?

Ia mendapat Sijil Pengesahan Halal dikeluarkan oleh Jabatan Agama Johor.






Thursday, February 26, 2009

Penapis Hijrah Keluaran terbaru

Apa yang saya dapat tahu, pihak syarikat telah mengeluarkan Penapis Hijrah berwajah baru yang lebih menarik.
Harap kan pelanggan semua sabar menunggu..
Gambar takde lagi.

Monday, February 23, 2009

Tekanan air/water pressure

Satu masalah yang pernah saya hadapi semasa memasang Hijrah filter di rumah pelanggan adalah berkenaan tekanan air yang rendah. Bergantung kepada tekanan air di sesebuah kawasan, jika tekanan air kuat, maka air yang keluar dari penapis tu kuat juga. Tapi jika terlalu rendah, air keluar lambat jadi lama sikit la kalau nak tadah air dalam bekas.

Jadi sebelum saya memasang penapis ini, saya akan mengukur tekanan air di rumah pelanggan saya. Saya menggunakan tekanan air dirumah saya sebagai 'benchmark'. Sebab saya tinggal di condo, jadi tekanan air agak tinggi iaitu sekitar 15 psi. Air tapis keluar agak lancar.
Penapis Hijrah boleh berfungsi dalam tekanan air hingga 150 psi.
Pressure gauge yang saya pakai brand FISHER.




DIY Pressure Gauge

Apa itu nilai pH/ pH value

Nilai pH digunakan untuk menentukan kadar asid atau alkali sesuatu cecair.
Nilai pH untuk cecair berasid ialah dalam nilai antara 0 hingga 6.9.
Untuk cecair neutral nilai pH nya ialah 7.
Nilai pH untuk cecair beralkali ialah dalam nilai antara 7.1 hingga 14.

Contoh cecair yang mempunyai nilai pH asid adalah seperti air coca-cola, jus epal and air paip.
Air dari penapis Hijrah mempunyai nilai pH alkali antara pH 9 hingga pH 12 bergantung pada sumber air paip yang ditapis.
Kebanyakan makanan atau minuman kita adalah dalam nilai pH bawah dari 7 iaitu berasid.

Saya telah membuat perbandingan beberapa jenis air menggunakan pH tester 'pen type' yang boleh mengukur pH cecair dari nilai pH 0 hingga ke pH 14.

Yang pertama: Air yang ditapis menggunakan 'Hijrah Water Filter' : pH 10.02




















Yang kedua: Air apple juice 'twister': pH 3.48




















Yang ketiga: Air paip di rumah yang belum ditapis: pH 7.91