Tuesday, March 10, 2009

Soalan Yang Selalu ditanya/ FAQ

1- Adakah saya memerlukan penapis air?
Ya. Ini kerana air paip terawat tidak semestinya bebas daripada kekotoran, bahan kimia, logam berat, parasit, dan hasil sampingan klorin yang boleh menjejaskan kesihatan.

2- Adakah lagi elok kita minum air yang disuling (distilled) atau air ’reverse osmosis’?
Tidak. Air suling atau reverse osmosis adalah air dalam bentuk yang paling tulen iaitu tidak mengandungi mineral atau kekotoran. Air ini akan menyerap semua bahan mineral dari badan kita untuk mencapai keseimbanagn yang akan menyebabkan badan kita kekurangan mineral.

3- Kalau nak beli penapis Hijrah ni kena bayar deposit dulu ke ? Apa dokumen diperlukan ?

Ya. Deposit sebanyak RM65 minima. Kalau nak bayar lebih pun boleh. Dokumen cuma salinan fotostat kad pengenalan pembeli.

4- Macam mana nak bayar bulanan ?

Bayaran bulanan terus masuk ke akaun saya CIMB/Maybank melalui mesin atm atau internet banking. Saya tak datang kutip dari rumah ke rumah.

5- Bila kena bayar setiap bulan dan kalau lambat bayar macam mana ?

Bayaran boleh dijelaskan setiap hujung bulan bermula 23-30 haribulan. Kalau lambat bayar tiada masalah cuba kena bagitau saya dan kita akan cuba selesaikan masalah tersebut. Tiada tindakan undang-undang akan diambil dan tidak kena faedah/interest.

6- Bagaimana status Halal penapis Hijrah ni ?

Ia mendapat Sijil Pengesahan Halal dikeluarkan oleh Jabatan Agama Johor.






No comments:

Post a Comment