Tuesday, June 30, 2009

Kesihatan: Dalam sehari berapa banyak nak minum air?

Sebenarnya tidak ada jawapan yang tepat tentang berapa banyak kita perlu minum air dalam sehari. Keperluan air setiap individu adalah berlainan bergantung kepada saiz badan, cara hidup, pekerjaan and tabiat makan kerana air adalah 60% daripada berat badan kita.
Tetapi yang kita tahu, unutk badan kita berfungsi dengan baik kita mesti minum air yang mencukupi.
Pakar kesihatan mencadangkan kita minum 8 gelas air sehari lebih kurang 2 liter air. Ini untuk individu yang melakukan aktiviti seharian yang normal. Untuk individu seperti atlit, pengambilan air adalah 2 kali ganda banyak daripada biasa.
Antara kegunaan air untuk tubuh badan kita adalah:
1- Mengeluarkan toksin daripada organ badan
2- Mengangkut nutrien penting ke sel-sel badan
3- Melembapkan telinga, hidung dan rongga mulut seperti tekak.
Kekurangan air akan menyebabkan 'dehydration' yang akan melemahkan badan serta fungsi otak.